Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Penapis Air terbaik dan Murah lagi Halal

Assalamualaikum...

Salah satu perkara asas dalam kehidupan manusia ialah Nak Air Bersih.
Tidak kiralah dalam soal makan minum, pakaian, mandi, bersihkan rumah...mesti nak guna Air Bersih.

Jadi alhamdulillah as di perkenalkan dengan produk penapis air yang bagus dan membuka mata as dalam soal kebersihan air.

Ya, sebelum ni memang mengeluh juga tengok air paip keruh, baju sekolah putih jadi kuning. Tapi bila air jernih balik, as tak kisah dah...janji jangan nampak sangat keruh tu...

Sebenarnya SALAH, jernih pada pandangan mata kasar as adalah SALAH...

Bila as tadah kain putih pada bawah paip, lama-lama akan terlihat juga kelodak kuning ...

Jum tengok gambar tadahan air paip dan saluran dalam paip di bawah...harap jangan kembang tekak....uhukkk





Hasil gambar adalah dari berita masalah air di sebuah negeri yang viral di facebook..

Oklah..macam-macam spekulasi dibuat, tapi kita sebagai pengguna air takkan nak tunggu sahaja..

Jadi abah as usahakan juga cari penapis air untuk kami seisi keluarga.

Untuk anda yang mencari penapis air yang terbaik, murah, dan material penapis yang halal. As cadangakan produk di bawah

Penapis Air Murah dan Bagus

Penapis air murah dan bagus untuk luar rumah terus masuk ke tangki.


COWAY Outdoor filter Model Bamboo

Kelebihan outdoor filter ni, ia menjadi tapisan air pertama yang sebelum memasuki tangki rumah kita.
Jadi kita dapat bekalan air bersih untuk kegunaan menyeluruh.

Oh ya, jika fikir balik, berapa kerap kita cuci tangki air rumah kita kan?...tah tah tak cuci langsung tunggu tangki bocor...baru tukar, dan baru tahu ada pelbagai hidupan seni dalam tu....

Jika berminat nak tahu lanjut dan beli produk ni whatsapp jer 0199050325


Double Breastpump Murah : Autumnz Serene

Autumnz Serene


Hai ibu bapa.

Autumnz dah keluarkan Double breastpump yang boleh rechargeable battery. Lepas ni mudah da nak pam sama ada di tempat kerja atau balik kampung sebab bateri boleh cas..

Jum tengok spek Autumnz Serene :

Autumnz - SERENE Convertible Double Electric/Manual Breastpump

Now comes with *Rechargeable & Removable Lithium-Ion Battery, *Memory Function & *Convertible to a manual pump!

  1. Autumnz SERENE Double Electric Breastpump, designed to mimic baby's natural suckling pattern, comes with the following features:
  2. 3 Pumping Modes : Massage, Expression & Power Expression modes for effective & efficient pumping.
  3. Rechargeable & Removable Lithium-Ion Battery : Allow you to pump anywhere conveniently with longer usage time.
  4. Multi Suction Levels : 6 suction levels to choose from each mode. Memory Function : Enable setting of personalized suction levels that you are comfortable with
  5. Anti Backflow Device : To prevent milk contamination.
  6. Convertible : Can be converted to a manual pump by attaching a manual knob (conversion manual kit can be purchased separately)
  7. Dual Power Source : Main electric power & Lithium-Ion battery
  8. LCD Display : Display information such as type of pumping mode and suction level for user
  9. Ultrasoft Silicone Massage Breast Shield : With comfortable massage bubbles design
  10. Light, Portable & Ultra Quiet : Compact to carry around with quiet motor unit
  11. User Friendly: Easy to assemble, use and clean
  12. BPA Free : All parts that touch breastmilk are BPA Free

Harga : RM 469.00 - pam sahaja

Untuk belian Pakej 

Autumnz Serene PAKEJ 1 RM495

Package Included:

- Full Set Breastpump
- 1 Pcs Milky Cooler Bag 2 Compartment
- 4 Pcs Storage Bottle
- 1 Pcs Ice Brick
*jenis dan warna cooler bag akan berubah mengikut stok yang ada

Autumnz Serene PAKEJ 2 RM509

Package Included:
- Full Set Breastpump
- 1 Pcs Milky Cooler Bag 2 Compartment
- 10 Pcs Storage Bottle
- 1 Pcs Ice Brick
- 5 Pcs Breastmilk Storage
*jenis dan warna cooler bag akan berubah mengikut stok yang ada

Autumnz Serene PAKEJ 3 RM535

Package Included:
- Full Set Breastpump
- 1 Pcs New Vcool Cooler Bag 2 Compartment
- 6 Pcs Storage Bottle
- 1 Pcs Ice Brick
*jenis dan warna cooler bag akan berubah mengikut stok yang ada


Ok, jika berminat boleh WA/Telegram as : 019 9050325.
Untuk update harga terkini boleh juga follow di ig @doublebreastpump


Happy Newborn Baby

Assalamualaikum

Pembuka bicara dari as untuk tahun 2015.

Alhamdulillah, syukur dengan kurniaNya, kami dianugerahkan cahaya mata perempuan...

Pengalaman mengandung, bersalin dan menyusukan baby adalah satu anugerah yang tak terhingga..









Benar orang kata, bila baby lahir kita kena sentiasa perhatikan wajahnya, sebab ia berubah-ubah setiap hari....

Susunan gambar mengikut umur harinya...

Baby sekarang da pandai senyum dan diagah dia ketawa..

Pic terakhir tidur atas perut abah..selesakan..so tak perlu nak 6pack..1 pack lagi bagus...

Berebutlah ibu dan baby nak 1 pack tu..uhukk

Siapa nama baby? Cukuplah di panggil habibah.....kikiki...

Serangan Rejim Zionis ke atas Gaza Palestine

Assalamualaikum,


Masih anda boikot barangan Israel?

Ya inshaAllah kita sama-sama harus mencuba untuk boikot mana yang mampu.

Sejak mengandung buat kali kedua ini, kalau boleh mata as nak tengok benda yang baik-baik sahaja.

Tapi apabila buka saja facebook, berita kesedihan lagi banyak dari menggembirakan.

Hati ini lagi meruntun apabila melihat, anak-anak kecil di Gaza diseksa dan dibunuh.

Mungkin ramai yang akan bertanya sampai bila peperangan akan berhenti?

Peperangan ini akan berlanjutan sehingga bangsa zionis dihapuskan dan kemenangan berada di pihak orang-orang Islam.

Mungkin nampak kejam seolah-olah orang Islam tidak mahu berdamai. Tetapi telah termaktub dalam alQuran, bangsa-bangsa zionis yahudi ini sememangnya perlu diperangi, lagi-lagi apabila mereka cuba menguasai tanah suci Islam yang telah ditetapkan oleh Allah kepada orang Islam.

As tidak bijak berhujah dan berbicara lantaran dek ilmu yang cetek. Tetapi rujukan boleh melalui tafsir alQuran dan juga melalui para ulama yang masih hidup dan dipercayai ilmunya.


Tiada Jihad di Palestine dan memboikot barangan Israel bukan langkah bijak?

As rasa orang yang mengeluarkan kenyataan ini bukanlah orang yang mempunyai ilmu agama yang asas.

Anda rasa bimbang ekonomi negara kita akan jatuh sekiranya tiada lagi barangan buatan negara yang membunuh orang?

Pada pandangan as kita bukan berada di takuk lama lagi. Kita sudah mampu mencipta ekonomi negara sendiri tanpa perlu bergantung kepada negara luar.

Kenyataan orang yang berfikiran cetek ini membuatkan as teringat zaman belajar kesusasteraan dan sejarah melayu dulu.

Saat negara kita hendak merdeka, terdapat kata-kata daripada bangsa sendiri yang enggan berpisah dengan penjajah....alasannya...

Kita nak buat jarum pun tak mampu, adakah boleh kita hidup tanpa penjajah?

Masa itu, as cakap ya, betul juga...tapi kenapa tidak kita belajar? Kenapa tidak kita manipulasikan semula pembuatan itu? atau jadikan ia sebagai import eksport? atau anda yang bijak pandai boleh memberikan idea yang terbaik untuk menjawab kembali kenyataan orang di atas?


Kita bukan ditakuk lama....

As yakin dan pasti dengan janji Allah, selagi kita berada di landasanNya inshaAllah kita akan berjaya membantu meningkatkan ekonomi sendiri, keluarga, negara tanpa bantuan dari negara seperti Israel dan sekutunya.

Jika kita tidak mampu pergi berjihad di Palestine, kita dituntut untuk membantu dari sudut serangan ekonomi.

Dan yang terakhir sekali DOA. Telah dinyatakan berkali-kali..DOA SENJATA ORANG MUKMIN.

Hari ini kita bantu saudara muslim kita, insyAllah satu hari nanti mereka pula yang bantu kita..





Kalau boleh nak letak gambar-gambar mangsa...tapi as tak mampu nak tengok...dalam keadaan macam ini...


Hilangkan parut, jerawat dan jeragat Eleve oil Serum

Assalamualaikum pembaca setia blog cinta hati as...

Hari ni as nak perkenalkan produk baru dalam blog as iaitu Eleve Fully Natural Vitamin E oil serum.

Produk Eleve ni da lama keluar oleh syarikat farmasi tempat as bekerja..tapi baru saja ada kesempatan as nak perkenalkan pada umum.

Jum tengok dulu video Eleve Oil Serum


KELEBIHAN ELEVE OIL SERUM


Umum mengetahui vitamin e ni sangat bagus untuk kulit

Berbeza dengan produk lain, Eleve oil serum mengandungi segala kebaikan anti oksidan dari vitamin E semulajadi (tocotrienol) yang berpotensi tinggi, 40-60 kali ganda lebih berkesan dari vitamin E semi sintetik.

Ia membantu penghasilan kologen, melembapkan membran sel kulit, menggalakkan pembentukan sel kulit dan memberikan keanjalan kulit. Selain itu, ia turut menjadi agen yang menghalang pembentukan parut baru kerana ia bertindak dari bawah lapisan kulit dan turut menghalang kesan radikal bebas yang memudaratkan sel-sel kulit yang tercedara. - Rujuk testimoni di bawah.

Eleve oil serum turut berfungsi untuk merawat parut luka, terbakar, kesan regangan perut, bekas jerawat, memudarkan jeragat, mengurangkan white head, dan mengecilkan liang pori di muka.

Review Eleve Oil Serum

As pun dah mencuba Eleve oil serum ni..sebelum waktu tidur. Walaupun kulit muka as jenis berminyak, tetapi setelah pakai serum Eleve, apabila as bangun tidur muka as terasa tegang, anjal dan kurang berminyak.

Eleve oil serum juga selesa dipakai bersama bedak compact. As dapat lihat permukaan kulit menjadi rata. Selepsas cuci muka, as cuba menekan kulit area hidung, as rasa sangat terkejut dan teruja!!!! sebab tiada keluar isi putih (white head). Ini kerana sebelum mencuba produk Eleve, kebiasaannya as akan ada white head area hidung walaupun sudah mencuci muka.

Bagi mereka yang ada jerawat boleh la mencuba hilangkan jerawat sehingga tanpa kesan dalam tempoh 3 minggu dengan sapuan serum Eleve selepas mencuci muka dan sebelum masuk tidur malam - rujuk testimoni kawan as di bawah.

As masa mula-mula pakai Eleve oil serum, tumbuh jerawat halus, rupanya kena pakai sikit sahaja di kawasan parut atau tempat jerawat/jeragat. Jika tumbuh jerawat maksudnya serum tu aktifkan jerawat yang terpendam dalam kulit kita. Hal ni sementara saja...jangan picit n rajinkan cuci muka, lepas itu insyaAllah kulit makin cantik.

Bagi mereka yang ada jeragat, rajinkan diri sapu serum Eleve sekerap mungkin dan sebelum keluar rumah.

Kebiasaannya parut yang baru dan baru sahaja luka akan sembuh dengan cepat. Tetapi untuk parut yang sudah lama, ia boleh hilang tetapi memakan masa agak lama bergantung kepada kecederaan kulit. Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya Eleve dapat mengurangkan kesan parut.....(^^)/

Testimoni Eleve oil serum

As kongsikan dulu testimoni yang ada..nanti ada masa as letak testimoni muka as pulak..


Jerawat di atas ambil masa 3 minggu hilang tanpa kesan parut dengan sapuan Eleve oil serum



Testimoni di atas ialah kaki kawan as yang terkena minyak panas.

Jika nak order boleh sms/wassap as

ELEVE SERUM hantar ke 019 905 0325



Berita Baik VS Berita Buruk

Assalamualaikum,

Kepada pembaca setia blog Cinta Hati As...

Alhamdulillah as dah lulus viva master Management Information System...pada 3hb April 2014. Tetapi dalam hari yang sama as di maklumkan oleh doktor as keguguran.


Ya 1 Mac 2014 as telah disahkan hamil 4 minggu. Teringat lagi saat gembira En Husband....eh..betul ker nak jadi bapak dah...
Hari-hari membayangkan saat baby akan membesar dari dalam perut....dan saat dia dilahirkan...

Kepada ahli keluarga paling dekat iaitu mak abah, adik beradik dihebahkan awal meminta doa keberkatan dan keselamatan 

Selepas 10 minggu as beranikan diri letak perkembangan baby di facebook...ramai kawan-kawan yang mendoakan terbaik...kemudian as privatekan status untuk tatapan diri dan husband saja. Sebab teringat pesanan bahawa kami tak digalakkan menceritakan hal ni kepada umum atas faktor keselamatan.


Putaran masa imbas kembali.
30hb as di minta outstation ke Dungun, Terengganu untuk menghadiri meeting syarikat. 31 hb as pulang semula ke Selangor. Memang sangat penat, pinggang dan pinggul terasa sangat-sangat sakit....

1hb as mesej bos untuk masuk lewat, kerana badan rasa sangat sakit....ya..mungkin orang lain pun penat...
bos faham dan benarkan.

2hb dan 3 hb as da apply cuti untuk persediaan viva master tambahan 2hb adalah check up kandungan baby..

Pagi 2hb, En husband kerja malam, so as just minta belikan sarapan jumpa di KK Bangi. Jalan jem...so perjalanan yang dekat rasa panjang. Lepas selesai urine dan blood test, nurse check tummy....ya...dia kata kecil lagi ni....baru 2 bulan setengah...HB cantik 11.3, tiada sebarang masalah lain...dan usia kandungan 18 minggu akan scan lagi....untuk check semua....alhamdulillah as balik dengan senang hati...bersiap sedia untuk buat slide presentation viva...

Pagi 3 hb...kemas rumah untuk hilangkan rasa gementar...setelah selesai as mandi sekali lagi, rasa badan tak selesa dan kebetulan air di rumah sedang dicatu..so as angkat air dalam tong kecil...takper...baby da kuat ni....kata as dalam hati...kemudian perkara yang paling as takuti terjadi....spotting blood!!


Call mak, teruk kena marah, call husband...discuss minta lambatkan masa viva, call penyelia tak boleh nak lambatkan sebab hari tu as sorang jer viva..so boleh rushing...

BILIK VIVA

Hari tu as tak rasa debar nak viva tapi as debarkan pasal baby....

Masuk dalam bilik viva presentation as tak sampai 20 minit...sebab nak cepat...tunggu keputusan pemeriksa...dan as LULUS...

Semua orang cakap tahniah...tapi as tak dengar apa dah...as cakap dalam hati cepat...cepat..cepat.....

En husband dah bising...suh cepat nak kejar ke KK Bangi...sampai di KK, as berdoa...biarlah ia pendarahan biasa...

Tapi doc buntu...berapa kali dia scan...darah ambil lagi...2 lubang sudah badan as dicucuk..takper..takper...

Tapi keputusannya....Puan...Kandungan puan tidak menjadi....baby mula mengecil 1 cm dari scan yang sebelumnya...

Doc kata lagi 80% saya percaya baby ni tak menjadi...sila rujuk pakar O & G di hospital hari ni juga.

As terdiam...20 % mungkin ada peluangkan??

Keluar bilik doc, muka tersenyum kelat, tarik tangan suami dan terus menangis dalam perjalanan ke hospital.

Kami banyak berdiam..sampai di hospital kajang, keputusan yang sama diperolehi.

As sukar nak terima keputusan doktor. Mungkin mesin rosak….

PROSES D&C


As dan husband ambil masa sampai 7hb April  untuk membuat keputusan untuk cuci rahim. Semua ahli keluarga as beri cadangan yang terbaik. Tidak perlu tunggu sehingga 2 minggu untuk dia gugur sendiri. Kerana bimbangkan toksin dan jangkitan kuman.

Dalam masa yang sama pendarahan makin banyak setiap hari. Tapi as kuatkan hati, baby okey...

Abah call tidak henti pujuk buat proses D&C, husband pun bersetuju dengan abah untuk bawa as pergi hospital.

Akhirnya as dengan berat hati masuk wad malam 7hb. Doktor check sekali lagi, pendarahan memang terus berlaku. Dan as diberitahu akan masuk bilik bedah jika ada kekosongan. As perlu puasa 12 jam…tapi as dah tak lalu nak makan…last lunch hour 1 pm masa di office.

8hb, tangan dah masuk iv…ya sakit kena cucuk…tapi sakit lagi perut as…selepas doc masukkan ubat…


Kemudian as tumpah darah yang banyak….mujur tak pengsan…akhirnya baby keluar dengan kantungnya…as ambil dan cuci sebelum serahkan pada nurse.

Doc buat scan, masih ada sisa daging dan darah beku dalam rahim as…maka as disiapkan dan dikejarkan ke bilik operation. As hanya sempat mesej pada husband yang tengah bekerja...

Dalam hati...ya Allah, harap tiada berlaku apa-apa pada rahimku…macam-macam cerita as dengar pasal proses cucian ni…hati as rasa gentar.

Allah kabulkan juga doa as agar baby tak disedut melalui proses D&C…tak tahu kenapa hati as rasa tak rela ia disedut… mungkin rasa kasihan kerana proses yang dilalui oleh baby walau ia belum bernyawa.

Proses D&C membuatkan jasad baby hancur..as rasa sedih...as berdoa tanpa henti agar dia keluar secara normal


Selesai sahaja operation…as tak boleh bangun selama 7 jam..kerana ubat bius…

Husband di sisi sekejap sahaja…sebab waktu melawat dah habis sewaktu as selesai operation…terasa sedih apabila mak guard suh husband keluar….as merayu tunggu sekejap…biarkan sahaja mak guard nak marah…husband akur…

Selepas 7 jam berlalu…as da boleh angkat kaki, tiada rasa sakit di perut.

Doc check jantung as setiap masa bimbangkan as..

Kemudian as merayu nak balik malam tu juga…kebetulan abah datang…maka dibawanya as pulang temerloh.


Kalau ditanya tak sakit? As cakap tak…kalau cakap ya…mau dok bagi pulang??

Sampai temerloh jam 2 pagi… mula terasa bisa…selepas ubat bius dan tahan sakit hilang..

Tapi kepedihan hati as lagi sakit dari itu.

Bangun esoknya seperti dalam mimpi….pegang perut…baby dah tiada dalam perut as..

Ramai pihak yang rasa bersalah atas kehilangan ini…tapi as minta tidak perlu…untuk apa anda rasa bersalah? Segala kesalahan hanya terletak di bahu as seorang...

Satu pengajaran besar buat as diatas kehilangan ini..ialah satu tanda ingatan dari DIA…mungkin as terlalu lalai dengan hidup as…terlalu rasa senang…atau mungkin terlalu yakin as ni baik...tah-tah ada orang tak suka. Jadi sentiasalah cuba terbaik untuk buat baik..tapi jika orang masih bencikan kita..serahkan sahaja Allah sebagai Hakim. Siapalah as ini...


Buat anak, walau ruh masih belum ditiup ke dalam jasad mu. Ibu tetap menganggap kamu anak ibu...kita berbicara dikala ibu suka dan juga sewaktu ibu sedih menangis. 

Ibu akan belajar redha dan merawat segala kelukaan dihati ibu. Kehadiran awalmu antara berita yang paling gembira selain ayahmu masuk melamar ibu.

2 bulan setengah adalah memori terindah antara kita.

Sekali Ombak melanda sekali pantai berubah

Assalamualaikum..



Apabila diberi sedikit kebebasan untuk berhibur dengan alam semula jadi, hati as rasa girang sekali.

Pantai di atas adalah kawasan larangan UPM..terima kasih kepada sahabat as, ayu pelajar UPM bawa kesini.

Sangat cantik dan indah kawasan pantai ni, lagi-lagi takder sesiapa disitu, terasa diri ni empunya pantai...(sekadar perasan diri)

Maka as pun berlari-lari anak dan berkejar-kejaran dengan ombak sambil berbicara...oh ombak..sila tangkap saya....

Terjerit-jerit as apabila ombak hampir saja menyentuh hujung jari kaki as yang berstoking...

Sungguh indah ciptaan Allah untuk dinikmati hambaNya.

Tidakkah kita tahu bersyukur?

Jauh mata as memandang ke laut sehingga tidak tahu apakah pengakhirannya di sana?

Mula terfikir kembali...as adalah manusia...makhluk yang akan kembali kepada Pencipta. Bagaimanakah pengakhiran as nanti?

Mati dalam keadaan yang hina atau mulia?
Mati dalam keadaan yang banyak dosa atau kurangnya pahala?

Sudah berapa lama as tidak melakukan solat sunat taubat?

Hurm...sekali pantak sekali masuk....emak tidak putus mengingatkan solat taubat setiap hari.

Dulu as berdosa kepada ibubapa, sekarang as berdosa kepada suami.

Ampunkah dosa-dosa as wahai Suami dan Ibubapa as?

Tetiba hati terasa sayu...

Setiap hari mengingati mati tapi as diingatkan tiada guna sekadar ingat di hati tapi tidak pada perbuatan.


Mencari KUPANG yang HILANG

Assalamualaikum...

Citer semalam..Mencari Damai yang HILANG di tukar kepada mencari KUPANG yang HILANG

-----------------------------------------------------------------------------

Teman x housemate buat research KUPANG..so nak cari induk di MELAKA...

Maka mula-mula kami cari tempat untuk proses pembiakan induk kupang di PD, NEGERI SEMBILAN..

Biarkan gambar berbicara...

disambut oleh Amoi..bodyguard DR,LINA

Ayu, Amoi n Dr.Lina berbincang pasal kupang


Bekas air laut untuk simpan udang/kupang

Udang

udang kara

kawasan gudang kajian penternakan haiwan laut


Selepas selesai sesi temuramah...kami berjalan di tepian pantai PD


Sempat bermain buaian dan ombak....lupakan STRESS yang melandai dalam hati dan otak






paling suka pic ni...AYU...u r so small but i look at u like a TOUGH & BIG guy..u r one of my frens dat inspired me in LIFE..

feel free or freez?? heheheh...



Selepas selesai di PD, kami rushing to MELAKA...my birthplace...mencari induk KUPANG...tapi..ada citer sedih yang dicoverkan sahaja dengan jalan-jalan tempat bersejarah......huhuhuhu














Ok.....rasa puas hati dapat jalan semalam...walau kami tidak mahir jalan, tapi Allah permudahkan...

terima kasih kepada Cinta Hati yang memberi peluang kepada as untuk keluar bersama rakan-rakan.


HILANG - LOST




Aku hilang diriku
sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
dan aku mahu cintamu

Dan aku hilang ... hilang
dari cintamu
dari hidupmu
dari segala-galanya
dari cintamu
dari hidupmu
dari segala-galanya milikmu
huwooo ... milikmu

Aku ingin kau tahu
dan sedarkan kewujudanku
Aku inginkan kamu
lebih dari yang kau tahu

Dan aku hilang ... hilang
dari cintamu
dari hidupmu
dari segala-galanya
dari cintamu
dari hidupmu
dari segala-galanya milikmu
huwooo ... milikmu wo'oo

Dan mungkin kau tak kan pernah sedari aku
Dan mungkin kau tak kan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau tahu ku akan mencintaimu .. huwo'oo

Dan aku hilang ... hilangg
dari cintamu
dari hidupmu
dari segala-galanya
dari cintamu
dari hidupmu
dari segala-galanya milikmu
huwooo ... milikmu


PERLU TETAP SENYUM

Assalamualaikum

Lama menyepi...ya As dah kahwin....TITIK NOKTAH  (^^)

-----------------------------------------------------------------------------

Bisnes makin ok....ALHAMDULILLAH

Kenapa senyap?

Sedang mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan berkeluarga.

Semalam bangun tengok takder sesiapa disisi

Hari ni bangun ada seorang lelaki disisi.

Rasa seperti dalam mimpi.

Itu sahaja.............

---------------------------------------------------------------------------








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...