Langkau ke kandungan utama

Tiket Syurga

Assalamualaikum


Setelah atuk pergi meninggalkan kami pada 29 Jun 2013, semalam (20 Julai 2013) baby along dan kak ela pula pergi meninggalkan kami.

Keluarga as memang mengharapkan suatu keajaiban tetapi Allah lagi tahu yang terbaik buat kami sekeluarga.

As mendapat perkhabaran dari mak lebih kurang jam 5. 45 pagi. Mak macam biasa akan cakap dalam nada tenang....

" As mak nak beritahu ni...kak ela dah selamat bersalin, tapi baby dah meninggal dunia."

Suara mak ada rasa kesedihan ada rasa getaran tapi mak bercakap dalam keadaan tenang.

Walau as dah tau akan kesudahannya, as masih rasa lagi kesedihan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Anecephaly & Acrania

Sebelum ni as dah pernah beritahu apa maksud Anecephaly .

Tapi masalah yang di hadapai oleh baby along ni ialah ketiadaan tempurung kepala..

Doktor tulis Anecephaly...tapi terbaru as ada terjumpa nama Acrania iaitu lebih menjurus kepada ketiadaan tempurung kepala...berbanding maksud Anecephaly yang ketiadaan otak.

Kedua-dua terms di atas ada masanya saling berkaitan bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh baby.


Kalau as salah mentafsirkan kedua-dua ni harap dapat bantu perbetulkan.

Permulaan mendapat tahu penyakit yang dihadapi baby ni adalah seawal usia kandungan 4 bulan.

Sebab itu, bagi as penting untuk kita scan baby dalam kandungan bagi persediaan sebarang kemungkinan.

Mungkin ada yang kata mahu surprise tak nak tahu jantina baby, tapi kita perlu fikir tentang kesihatan baby, cukup nutris atau tidak.

As pernah cari jika ada survivor baby yang mempunyai masalah ni...dan as jumpa....sungguh hebat ibubaba baby ni.....Baby Vitroia

Tapi baby ni dah meninggal dunia tahun lepas...tapi baby ni sangat tabah untuk hidup...kuat semangat...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Kelahiran 


Along dan kak ela tetap meneruskan kandungan sehingga lebih 9 bulan 10 hari.

Baby mereka sangat aktif seperti tiada apa yang berlaku.

Kami sekeluarga sangat gembira tapi dalam masa yang sama kami juga takut untuk menerima kehilangannya.

Sehingga lah pada hari jumaat lepas, kak ela mengadu sakit...dan sememangnya dah overdue 10 hari.

Doktor dah bagitahu kena paksa bersalin.

Kesian kak ela, dia rasa sangat takut. As pun takut, semua orang takut...tapi kami cuba kuatkan semangat.

Akhirnya baby pergi juga meninggalkan kami setelah berputus nyawa dari Uminya.

Kawan as pun ada cakap dalam 3 saat selepas pisah dari ibunya, kebiasaan baby akan meninggal dunia.

Begitu juga dengan baby kak ela...abah cakap dalam1-2 saat sahaja dia hidup.

Ya Allah semoga kak ela dan along tabah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kasih seorang UMI

As call mak waktu zohor, alhamdulillah jenazah anak kecil yang suci telah selamat di kebumikan.

Mak kata semangat budaknya, putih tapi kekuningan dah, mungkin sebab penyakitnya. Mak kata nurse tutup dengan kain jaring di mukanya.

Muka macam sufiyyah....badan sedap macam sufiyyah...dapat bayangkan waktu dia aktif dalam kandungan...seronok main dengan jari jemari dia yang montel tu...sejibik macam sufiyyah yang aktif masa kini....

Mak pangku baby lama, tapi mak tak selak waktu tu sebab mak rasa sebak...

Mak mandikan baby di bilik air yang sama waktu mandikan arwah tuk meninggal di hospital.

Sufiyyah pada mulanya excited nak tengok adiknya...tapi bila dia dekat dengan adiknya, sufiyyah jadi takut.

Dia kecil lagi tak mengerti apa-apa...

Mak bagitau, kak ela berkeras nak keluar hospital waktu yang sama, kerana ingin mengiringi jenazah anaknya ke kubur.

Sebak as rasa...

Kubur baby di letakkan bersebelahan dengan kubur arwah atuk. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persiapan raya 2013


Tahun 2013 adalah tahun yang terlalu banyak kesedihan berlaku melainkan perkara as bertunang dan akan berkahwin.

Malam tadi, as bagitau kak saadah yang as rasa macam tiada perasaan macam rasa tiada keseronokan dalam hati ni untuk menyambut raya kali ni.

As hilang mood.

As takder rasa beria nak cari kuih raya, nak beli baju raya, kira semuanya macam....kalau as tengok cantik dan nampak sedap as beli aja...

Kiranya tahun ni kami kehilangan 2 orang yang kami sayangi dalam waktu yang sangat dekat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

1/3 Ramadhan telah berlalu

as cuba doa yang terbaik untuk mereka yang telah tiada, harap bulan ramadhan ini doa sampai kepada mereka yang telah pergi.

Hati as rasa sayu tapi as redha.

Sejak pemergian atuk as dah tak berhubung dengan keluarga abang za yang tinggal di rumah atuk.

As tak tahu nak cakap apa. As kelu lidah...


Surat buat diri as sendiri


Yang hidup perlu meneruskan kehidupan,

As masih bertuah kerana masih hidup dan di beri peluang untuk beribadat di bulan Ramadhan ini

Bulan Ramadhan ini seharusnya as cuba perbanyakkan amal ibadat dan memohon keampunan dari Allah kerana belum tentu tahun depan akan bersua kembali.

As kena senyum dan ceria walau hati rasa sedih dan sayu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya