Assalamualaikum,
Masih anda boikot barangan Israel?
Ya inshaAllah kita sama-sama harus mencuba untuk boikot mana yang mampu.
Sejak mengandung buat kali kedua ini, kalau boleh mata as nak tengok benda yang baik-baik sahaja.
Tapi apabila buka saja facebook, berita kesedihan lagi banyak dari menggembirakan.
Hati ini lagi meruntun apabila melihat, anak-anak kecil di Gaza diseksa dan dibunuh.
Mungkin ramai yang akan bertanya sampai bila peperangan akan berhenti?
Peperangan ini akan berlanjutan sehingga bangsa zionis dihapuskan dan kemenangan berada di pihak orang-orang Islam.
Mungkin nampak kejam seolah-olah orang Islam tidak mahu berdamai. Tetapi telah termaktub dalam alQuran, bangsa-bangsa zionis yahudi ini sememangnya perlu diperangi, lagi-lagi apabila mereka cuba menguasai tanah suci Islam yang telah ditetapkan oleh Allah kepada orang Islam.
As tidak bijak berhujah dan berbicara lantaran dek ilmu yang cetek. Tetapi rujukan boleh melalui tafsir alQuran dan juga melalui para ulama yang masih hidup dan dipercayai ilmunya.
Tiada Jihad di Palestine dan memboikot barangan Israel bukan langkah bijak?
As rasa orang yang mengeluarkan kenyataan ini bukanlah orang yang mempunyai ilmu agama yang asas.
Anda rasa bimbang ekonomi negara kita akan jatuh sekiranya tiada lagi barangan buatan negara yang membunuh orang?
Pada pandangan as kita bukan berada di takuk lama lagi. Kita sudah mampu mencipta ekonomi negara sendiri tanpa perlu bergantung kepada negara luar.
Kenyataan orang yang berfikiran cetek ini membuatkan as teringat zaman belajar kesusasteraan dan sejarah melayu dulu.
Saat negara kita hendak merdeka, terdapat kata-kata daripada bangsa sendiri yang enggan berpisah dengan penjajah....alasannya...
Kita nak buat jarum pun tak mampu, adakah boleh kita hidup tanpa penjajah?
Masa itu, as cakap ya, betul juga...tapi kenapa tidak kita belajar? Kenapa tidak kita manipulasikan semula pembuatan itu? atau jadikan ia sebagai import eksport? atau anda yang bijak pandai boleh memberikan idea yang terbaik untuk menjawab kembali kenyataan orang di atas?
Kita bukan ditakuk lama....
As yakin dan pasti dengan janji Allah, selagi kita berada di landasanNya inshaAllah kita akan berjaya membantu meningkatkan ekonomi sendiri, keluarga, negara tanpa bantuan dari negara seperti Israel dan sekutunya.
Jika kita tidak mampu pergi berjihad di Palestine, kita dituntut untuk membantu dari sudut serangan ekonomi.
Dan yang terakhir sekali DOA. Telah dinyatakan berkali-kali..DOA SENJATA ORANG MUKMIN.
Hari ini kita bantu saudara muslim kita, insyAllah satu hari nanti mereka pula yang bantu kita..
Ulasan