Assalamualaikum
Lama as tak update tentang diri as.
Anak semakin membesar namun as rasa as kurang memberi kasih sayang dan perhatian lantaran komitmen kerja setiap hari.
Kedudukan kewangan as setiap bulan syukur alhamdulillah masih mampu tidak menyusahkan keluarga berbanding sebelum ini di mana as selalu minta bantuan keluarga untuk topup.
Untuk kehidupan yang semakin mencabar pada zaman sekarang, as masih teruskan lagi bisnes online tapi bak kata pepatah kat tempat kerja as, bisnes tu not fully utilized. Ya lah, as terpaksa bahagikan 4 kerja dalam 1 hari.
Setengah hari dah habiskan masa di office, balik malam dibahagikan kerja isteri dan ibu pula. Tinggal bisnes as hanya boleh bagi 10%-15% sahaja. Jadi apa yang as boleh expect hasilnya?
Mood Anak
As perasan sangat dengan Husna sekarang nampak selalu tantrum dan selalu sakit. Orang kata biasalah budak-budak pada umur 2 tahun ke 3 tahun.
Ada masa as nampak dia mengeluh, duduk tepi dinding mata pandang ke lantai sambil menguis debu-debu dengan jari kaki dia yang comel.
Ya Allah, sayunya hati as bila tengok dia macam tu. Adakah husna sudah bosan dengan ibu?
Malah setiap hari sabtu atas komitmen kerja Ibu akan bawa Husna ke office. Rasa kesian sangat dengan Husna. Tapi luaran kita akan nampak husna gembira sebab pergi office ibu, tapi betulkah dia gembira?
As boleh saja hantar dia ke taska, tapi as tak rasa adil buat Husna yang masih kecil. Cukuplah 5 hari dia bersama cikgu dan kawan di taska, tapi kenapa sampai hari sabtu Husna perlu disana?.
Ini pendapat as sahaja.
Zaman kecil Husna tidak lama, nanti dia akan bersekolah dan kami akan jarang berjumpa lagi terutama jika dia dah masuk asrama. Jadi as perlu ada bersamanya ketika kecil, ya sudah pasti hingga ke akhir hayat.
Perancangan as pada akhir November ini adalah hantar surat berhenti kerja.
Hal ini telah disuarakan dan dibentangkan kepada suami as.
Ya dia menyokong.
Tapi as sangat takut untuk melangkah...banyak persoalan yang bermain di minda. Banyak sangat...
Antaranya ialah :
1. Kos hidup
Mampukah as buat bisnes dan tanggung kos hidup sekarang?
2. Macam mana kalau as gagal bisnes? Nama as pun nanti black list terutama PTPTN.
3. As target nak jaga Husna konon jimat kos nursery, tapi macam mana dengan perkembangan Husna, tetiba tak pergi taska. tak bersosial di peringkat awal? Husna boleh terima ker? Nanti masuk balik tadika dia dah takut nak berkawan.
4. Macam mana dengan mak abah kalau as tak mampu dah memberi duit bulanan pada dia?
5. Macam mana dengan belian rumah sendiri? yelah prosedur banyak kalau nak beli rumah tanpa ada kerja yang tetap macam sekarang. Beli pakai nama suami? Suami as cakap biarlah nama atas nama as, yalah banyak sebab dan pandangan yang tak tertulis disini.
Lihat ni baru 5 saja yang bermain dalam fikiran as, sebenarnya ada banyak lagi malah bercabang-cabang.
Boleh tak lalu makan kalau difikirkan.
Mak pun bagi sokongan dan doa yang tidak terputus sampai mak kata dia dah macam Dato Vida dah doakan anak dia biar jadi kaya. Terharunya as. Takper mak, tak kaya, tapi as harapkan rezeki yang mencukupi untuk kita sekeluarga.
Suami as pula sangat menyokong dan ingin lihat as berjaya. Dia tak pandai bisnes dan malu tapi dia tetap nak sokong as dan bantu apa yang dia mampu.
Sekarang ni apa yang menguatkan as adalah keluarga. Untuk tambahan as sentiasa baca kenyataan orang-orang yang dah berjaya contohnya Jack Ma :
Don't try to be the best
Be the first
Be the first to change
Be the first to take challange
Be the first one to overcome the difficulties
Because to be the best person
There's only one Olympic champion.
Selain itu ada petikan dalam ayat Quran yang as selalu ingat :
Maka sesungguhnya SESUDAH KESUSAHAN itu ada KESENANGAN" -Surah Al Insyirah ayat 5
dan
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (QS.ar-Ra'd:11).
Lama as tak update tentang diri as.
Anak semakin membesar namun as rasa as kurang memberi kasih sayang dan perhatian lantaran komitmen kerja setiap hari.
Kedudukan kewangan as setiap bulan syukur alhamdulillah masih mampu tidak menyusahkan keluarga berbanding sebelum ini di mana as selalu minta bantuan keluarga untuk topup.
Untuk kehidupan yang semakin mencabar pada zaman sekarang, as masih teruskan lagi bisnes online tapi bak kata pepatah kat tempat kerja as, bisnes tu not fully utilized. Ya lah, as terpaksa bahagikan 4 kerja dalam 1 hari.
Setengah hari dah habiskan masa di office, balik malam dibahagikan kerja isteri dan ibu pula. Tinggal bisnes as hanya boleh bagi 10%-15% sahaja. Jadi apa yang as boleh expect hasilnya?
Mood Anak
As perasan sangat dengan Husna sekarang nampak selalu tantrum dan selalu sakit. Orang kata biasalah budak-budak pada umur 2 tahun ke 3 tahun.
Ada masa as nampak dia mengeluh, duduk tepi dinding mata pandang ke lantai sambil menguis debu-debu dengan jari kaki dia yang comel.
Ya Allah, sayunya hati as bila tengok dia macam tu. Adakah husna sudah bosan dengan ibu?
Malah setiap hari sabtu atas komitmen kerja Ibu akan bawa Husna ke office. Rasa kesian sangat dengan Husna. Tapi luaran kita akan nampak husna gembira sebab pergi office ibu, tapi betulkah dia gembira?
As boleh saja hantar dia ke taska, tapi as tak rasa adil buat Husna yang masih kecil. Cukuplah 5 hari dia bersama cikgu dan kawan di taska, tapi kenapa sampai hari sabtu Husna perlu disana?.
Ini pendapat as sahaja.
Zaman kecil Husna tidak lama, nanti dia akan bersekolah dan kami akan jarang berjumpa lagi terutama jika dia dah masuk asrama. Jadi as perlu ada bersamanya ketika kecil, ya sudah pasti hingga ke akhir hayat.
Kerja Pejabat VS Suri rumah Sepenuh Masa VS Suri rumah full time bisness
Perancangan as pada akhir November ini adalah hantar surat berhenti kerja.
Hal ini telah disuarakan dan dibentangkan kepada suami as.
Ya dia menyokong.
Tapi as sangat takut untuk melangkah...banyak persoalan yang bermain di minda. Banyak sangat...
Antaranya ialah :
1. Kos hidup
Mampukah as buat bisnes dan tanggung kos hidup sekarang?
2. Macam mana kalau as gagal bisnes? Nama as pun nanti black list terutama PTPTN.
3. As target nak jaga Husna konon jimat kos nursery, tapi macam mana dengan perkembangan Husna, tetiba tak pergi taska. tak bersosial di peringkat awal? Husna boleh terima ker? Nanti masuk balik tadika dia dah takut nak berkawan.
4. Macam mana dengan mak abah kalau as tak mampu dah memberi duit bulanan pada dia?
5. Macam mana dengan belian rumah sendiri? yelah prosedur banyak kalau nak beli rumah tanpa ada kerja yang tetap macam sekarang. Beli pakai nama suami? Suami as cakap biarlah nama atas nama as, yalah banyak sebab dan pandangan yang tak tertulis disini.
Lihat ni baru 5 saja yang bermain dalam fikiran as, sebenarnya ada banyak lagi malah bercabang-cabang.
Boleh tak lalu makan kalau difikirkan.
Sokongan keluarga dan rakan-rakan.
Boss lama as bagi nasihat, tetapkan pendirian, Allah ada. Kuatkan semangat anda. Yakin dengan diri dan Allah.Mak pun bagi sokongan dan doa yang tidak terputus sampai mak kata dia dah macam Dato Vida dah doakan anak dia biar jadi kaya. Terharunya as. Takper mak, tak kaya, tapi as harapkan rezeki yang mencukupi untuk kita sekeluarga.
Suami as pula sangat menyokong dan ingin lihat as berjaya. Dia tak pandai bisnes dan malu tapi dia tetap nak sokong as dan bantu apa yang dia mampu.
Sekarang ni apa yang menguatkan as adalah keluarga. Untuk tambahan as sentiasa baca kenyataan orang-orang yang dah berjaya contohnya Jack Ma :
Don't try to be the best
Be the first
Be the first to change
Be the first to take challange
Be the first one to overcome the difficulties
Because to be the best person
There's only one Olympic champion.
Selain itu ada petikan dalam ayat Quran yang as selalu ingat :
Maka sesungguhnya SESUDAH KESUSAHAN itu ada KESENANGAN" -Surah Al Insyirah ayat 5
dan
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (QS.ar-Ra'd:11).
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah kau tetapkanlah hatiku untuk melangkah pergi jauh demi kebaikan kami sekeluarga.
Andai kata langkahku terhenti, kau bantulah aku untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Doakan as berjaya. Amen
Ulasan