Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Menjemput datang kenduri

Menjemput

Salam sejahtera semua, Jumaat baru ni, aku telah menjelajah ke 3 buah negeri, iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sangat seronok dan meletihkan. Siapa yang pergi?. Aku, abah dan adik (budin). Selepas habis kerja jam 5 petang, abah sudah menunggu aku di UKM. Kemudian kami terus ke Seremban, rumah sepupu aku. Tujuan utama kami melawat saudara mara kami ialah untuk menjemput kenduri kahwin along aku . Kami sampai dalam jam 6.43 petang. Lebih kurang sejam kemudian, kami terus ke rumah nenek Saerah di Bachang, Melaka. Seronoknya, dah lama tak balik Melaka. Perasaan gembira itu tidak dapat digambarkan. Lagi-lagi berjumpa dengan saudara-mara yang paling hampir dengan kita, bukan bau-bau bachang.Hehehe. Agak lama kami disitu sehingga jam 11.00 malam. Kami meneruskan perjalanan kami ke rumah sepupu aku, di Umbai Melaka dan bermalam di situ. Keesokan paginya..abah minta kami bangun awal untuk pergi ke rumah pakcik di Muar. Perasaan seronok tukar menjadi sedikit sedih, sebab makcik aku baru